TIPS REDAKAN KONFLIK DENGAN SI DIA
Entri kali nie saje sukesuke aku buat..Suke hati kome le nak bace ke tak yer.. ^_^
* MENGALAH *
Tidak ada salahnya jika sesekali kamu yang mengalah.. Mengalah bukan bererti kamu salah atau kalah. Semua itu dilakukan semata-mata agar konflik tersebut tidak berkembang menjadi lebih rumit..Tetapi, janganlah kerap mengalah setiap kali ada masalah. Ini adalah kerana lama-kelamaan si dia akan naik 'lemak' dan akhirnya kamu tidak akan dihargainya..
* TIDAK EMOSI *
Emosi memang sering menyelimuti seseorang yang sedang dilanda permasalahan , termasuk kamu.Tetapi, usahakan menghadapi konflik dengan kepala yang rileks dan bukannya dengan emosi yang tinggi. Sebabnya, jika kamu terbawa-bawa dengan emosi yang sebegitu, mungkin emosi si dia juga akan terpancing. Situasi ini akan membuatkan konflik tersebut terus berlarutan..
* MENAHAN DIRI *
Sekalipun pendapat kamu benar, cubalah menahan diri sejenak. Usahakan untuk tidak memaksa si dia menurutinya. Ini adalah kerana jika kamu terus memaksa si dia , sedangkan si dia merasakan bahawa dirinya benar, maka konflik tersebut akan menjadi terus berkembang..
* SAMA-SAMA SEPAKAT *
Untuk meredakan konflik, elok jika kamu dan si dia sepakat. Mungkin apa yang dihasilkan oleh rasa sepakat itu baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang. Misalnya untuk jangka waktu tertentu kamu tidak perlu dulu membincangkan konflik yang melanda. Malahan, dengan kompromi yang baik kamu mungkin akan berjaya mengatasi konflik tersebut.
* TETAP MENGHORMATI *
Sebaiknya kamu tetap bersopan santun sekalipun sedang berkonflik dengan si dia. Sebaliknya, hindari mengucap kata-kata yang kurang baik dan menyakitkan hati si dia. Sikap kamu yang sopan santun, membuatkan suasana menjadi 'sejuk' sehingga konflik boleh diredakan..
* MENGHARGAI PENDAPAT *
Agar konflik itu boleh diredakan, cubalah hargai pendapat si dia. Menghargai pendapat belum tentu membuktikan kamu setuju dengan pendapat tersebut. Hal ini dilakukan semata-mata agar konflik tidak semakin berkembang. Di lain waktu, saat emosi si dia sudah stabil, kamu mungkin boleh mengemukakan kembali pendapat sebenar kamu itu..
*HINDARI BANYAK BERCAKAP *
Banyak cakap sering menimbulkan masalah baru. Oleh sebab itu , agar konflik boleh diredakan, hindari terlalu banyak sangat membuka mulut. Tetapi, janganlah sampai kamu langsung tidak bercakap dengannya. Berbuallah seperti biase, dengan nada dan gaya yang elok. Tidak mengungkit kesalahan masa lalu..
* SETIAP ORANG PASTI PERNAH MEMBUAT SALAH *
Agar konflik kali ini tidak terus melarat, hindari mengungkit-ungkit kesalahan masa lalu. Yang lalu biarlah berlalu, Kini, berikan kesempatan dan sokongan pada si dia untuk memperbaiki kesalahannya itu..







No comments:

Post a Comment