10 Tips Menyapu Gincu

  
*abaikan perempuan cantik tu*

Udah macam sakai pulak aku nengok gambar niee. Harap uoalllss nampak lah gincu gincu diatas .(choii).. Btw aku tak minat sangat lah nak pakai bende alah niee . Yess memang nampak lengkap kalau pakai bende niee,, but i still malas memakainya.. Hohoho.. Biasanya kalau bibir mengelupas I pakai vaseline . Yang lain tu pakai bila2 rasa nak pakai lah.. 

10 langkah gunakannya :
MULAKAN DENGAN PENJAGAAN
Lulur bibir satu atau dua kali seminggu, uoallss boleh cuba lulur dengan garam atau minyak badam(pandai2 lah kome nk carik kt mne). Selesai lulur pakai pelembap bibir.

ELAK TERLALU BERKILAU
Terlebih kilauan boleh membuat penampilan nampak murah, lebih lebih lagi pengilat bibir yang mempunyai pigmen metalik. Cuba gunakan gincu yang bertekstur seakan pengilat bibir namun bebas kilauan. Tekstur yang cair bila kena matahari kilauan yang cantik, namun bukan pigmen metalik.

GUNA WARNA TERANG YANG SESUAI
Gunakan gincu rona terang yang sesuai dengan rona bibir asli, bukan rona kulit (paham tak? hehe). Wanita yang memiliki bibir pucat tampak menyerlah dengan gincu rona ceri atau merjan. Untuk uoalss yang rona bibir merah jambu terang, jingga atau kranberi. Bagi bibir gelap pulak cuba pakai rona merah gelap atau burgundy...(gendi gendi..haha)

TAMPIL ASLI
Tampil asli ye bukan orang asli.. Untuk hasil yang gojes masa pakai gincu rona asli, pastikan ronanya sedikit terang atau gelap dari ton kulit uoalss. Kalau kulit uoals pucat cuba pakai rona asli yang mempunyai suntikan rona merah jambu lembut. Untuk yang kulit sawo matang atau berkulit gelap cuba gincu rona beige.

ELAKKAN RONA GELAP
Gincu rona gelap seperti biru atau hitam akan memberi pnampilan yang agak keras(senang cite macam momok la) . 

TIDAK PERLU PENGGARIS BIBIR
Penggaris bibir bukan lagi satu keperluan, untuk menyerlahkan bentuk bibir, uoallss boleh gunakan penggaris bibir yang sama warna dengan rona bibir (bukan dengan warna bibir ok??)

UNTUK MELEMBUTKAN PENAMPILAN BIBIR
Mesrakan calitan pada garis garis bibir, sebaiknya usah terlalu berbentuk

MULAKAN DARI TENGAH
Tidak kira rona apa pun, masa uoalss mengoles gincu pastikan mula dari tengah kemudian mesrakan ronanya hingga ke hujung bibir. Jangan oles terus dari hujung bibir, ia akan nampak keras(macam momok)

JANGAN TERLALU PEKAT
Elakkan pemakaian gincu yang terlalu pekat, cukup setakat dua lapisan lebih lebih lagi untuk warna-warna yang terang. Sapu dua lapisan kemudian ketapkan bibir, jika tidak rata, cuba mesrakan dengan jari..

BLOT
Untuk pemakaian gincu yang tahan lama, setiap kali lapisan yang pertama uoalss harus ketapkan pada tisu, kemudian baru oleskan lapisan kedua..

Ada paham semua gugurl sekalian. Okey,tips nie dari dalam buku.. Kalau tak betul sila lah salahkan buku.. Ahaha.. okey, babai..
  

No comments:

Post a Comment