Hargailah Air Mata !

  

Adakala timbul tanda tanya mengapa air mata itu lebih sinonim dengan golongan wanita berbanding dengan kaum lelaki . Ia mungkin sejak azali sudah menjadi bukti yang jujur menjelaskan sisi lembut wanita yang dicipta untuk lebih mudah tersentuh dan jauh lebih mudah menampilkan emosi berbanding lelaki yang kadangkala gemar tunduk pada ketebalan ego mereka. Dan tentu sahaja ramai yang mempercayai pandangan bahawa air mata itu adalah senjata terulung wanita terutama sekali apabila berhadapan dengan golongan lelaki. Mungkin jika dilihat dari pandangan mata kasar ia kelihatan cukup normal untuk mengatakan air mata itu adalah suatu perkara yang mampu menandingi sikap egoistik lelaki tetapi apa yang berlaku kini adalah bagaimana wanita sendiri menjatuhkan nilai air mata dengan terlalu mudah mengalirkan air mata untuk memanipulasikan perasaan orang lain. 

Mengapa harus wanita sendiri merendahkan martabat air mata itu hanya kerana kepentingan diri sendiri?? Air mata itu seharusnya dipelihara agar hanya ditangisi pada detik yang tepat. 
Sekiranya air mata itu sudah terlalu kerap mengalir atas sebab nak menundukkan lelaki untuk 
menuruti permintaan, jelas sekali air mata itu sudah tiada nilai eksklusifnya lagi..Kepada para wanita yang berterusan menjadikan air mata itu sebagai suatu lakonan yang memudahkan kaum lelaki ditewaskan 
atas alasan yang kurang tepat, hentikan segala perbuatan itu dan fikirkan air mata wanita yang lain
yang masih mempunyai nilai.( Kerana nila setitik rosak periuk belangga aku.).ecehh,tampo kang..
Kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Jika pandangan orang lain terhadap seorang wanita yang mudah
mengalirkan air mata itu sudah dicemari bayangan bahawa ia hanya suatu lakonan dan tidak lagi
mencerminkan suatu emosi sebenar, berkemungkinan semua wanita bakal dihantui pandangan yang sama.

Hentikan sikap pentingkan diri sendiri dan jangan jatuhkan ketinggian nilai air mata wanita itu. Air mata itu senjata yang menewaskan ego, bukan suatu senjata yang memanipulasikan emosi orang lain. Para wanita sekalian, jangan perbodohkan diri anda dengan sikap sebegini yang berterusan menjadikan wanita itu kaum yang mudah dicela. Air mata itu anugerah bagi golongan wanita, hanya tangisi mereka yang benar-benar dihargai dan bukan untuk kepentingan diri . Ada paham semua?? hihihi..

 : Janganlah engkau buang air mata itu kerana lelaki..owh lelaki, aku nak bunuh mereka yang 
menyakiti hati wanita.. HAHA.. Okey,dah baca kan? jgn nangis tau..hah ! tu yang 
tengah nangis tu sedut balik air mata tu.. Cara-cara nak sedut?? errr nanti lah aku buat tips2
sedut air mata macam mana ek.. 

  

1 comment:

  1. btul 2...sgt2 btol...wanita tlalu mudah mnitiskan air mata...kdng2 wanita mnitiskn air mata utk sesuatu yg tidak sepatuttnya diorg tangisi.... hmmm... nk watt cm ne... hati wanita sgt lembut...

    bila bibir tidak mampu berbicara...air mata adalah penyelesaian untuk menzahirkan rasa kesakitan..

    ReplyDelete