8 Lelaki yang wanita jauhi

  
*Nah hambekk kau*

KAUM ADAM ADALAH PELENGKAP DAN PELINDUNG WANITA. kASIH SAYANG ANTARA DUA INSAN INI SEMEMANGNYA SUDAH DITAKDIRKAN UNTUK BERSATU MENJADI CINTA...*perh ayat aku..please dont muntah hijau*

Tetiba harinie aku buat entry sebegini..Mengapakah? *sajew jew naa uat entry niew.salah kerw,cepak kawang..(bahasa bebudak terkini) . huh ! pelikk...

8 Lelaki yang wanita jauhi :
LELAKI MEMINTA-MINTA
Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita.(ishh,tolong la.seksi ke) Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sbagai lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.

LELAKI MUDAH DIJANGKA
Segala tingkah lakunya boleh dijangka kerana mereka membuat keputusan dalam hidup berdasarkan formula dan logik. Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak jadi. Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan!

LELAKI RENGUS
Ego dan mementingkan diri sendri !! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang disekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula jadi mangsa.

LELAKI MATA KERANJANG
Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati. Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling  nakal pada susuk tubuh perkasanya(ee,choii) Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?

LELAKI KEDEKUT
Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.

LELAKI KAKI GADUH
Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik dimatanya.

LELAKI PERASAN BAGUS
Dia mungkin lelaki tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.

LELAKI PEMBENCI WANITA
Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini?Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, Contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dari lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.
  

1 comment: