RAMBUT ADA 3 JENIS :
1) Rambut Berminyak :
Jenis rambut nie mempunyai kelenjar minyak yang berkerja berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak . Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpum rambut . Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihsn rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap .
2) Rambut Normal :
Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang . Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah . Cuci menggunakan syampo dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya .
3) Rambut Kering :
Rambut ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak . Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif . Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat . Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat . Terlalu kerap menggunakan syampo dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh .
CARA PENJAGAAN RAMBUT YANG BETUL :
1) Sikat rambut anda dengan sempurna sebelum membasahnya dengan air . Dengan ini, aliran air yang bakal meresap ke dalam helaian rambut anda lebih sempurna dan rata .
2) Sebaiknya mandi dengan air pancur agar rambut dibasahkan dengan sempurna. Anda boleh menggunakan air panas dan sejuk . Namun sebaiknya, gunakan air suam terdahulu dengan ini kutikel rambut telah dibuka dan segala kotoran misalnya minyak dan debu dapat dicuci dengan sempurna . Kemudian bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kembali kutikel yang terbuka .
3) Jika anda menggunakan perapi setelah bersyampu, bilas rambut dengan air laju, Gunakan kesemua jari untuk memastikan perapi ini betul betul habis disingkirkan dari setiap helaian rambut . Sebelum menyapukan syampu atau perapi, jangan lupa untuk menuangkan ke tapak tangan terlebih dahulu . Kemudian gosok sempurna , untuk mengeluarkan buihnya . Jangan sesekali menuangkan syampu atau perapi terus kepada rambut kerana tekstur syampu/perapi yang terlalu pekat sukar dihilangkan dengan sempurna jika cucian tidak betul . Perlu diigatkan , syampu perlu disapu pada kulit kepala anda , bukannya pada penghujung rambut . Jika cucian tidak sempurna dan sisa syampu tidak dibersihkan dengan elok, rambut akan menjadi lemah dan bercabang .
4) Jangan mencampurkan penggunaan syampu daripada pelbagai jenama . Sebaik-baiknya, lakukanlah cucian syampu sebanyak dua kali . Tujuan untuk pertama kali ialah untuk menyingkirkan minyak dan debu . Manakala cucian kedua ialah untuk memastikan syampu yang telah disapu ke rambut ini dapat disingkirkan dengan sempurna . Sebelum mengulang cucian untuk kali kedua, pastikan anda menuggu selama beberapa minit agar khasiat syampu dapat diserap sempurna pada setiap helaian rambut .
5) Untuk menggelakkan lebihan air pada rambut , perahkan dengan sempurna dengan lembut. Jangan lakukannya dengan kasar kerana rambut mudah rosak ketika ia masih basah . Jika ingin memakai perapi pula, sapukan sepanjang garisan rambut dan bungkus dengan shower cap dalam masa 10 minit . Kemudian, bilas dengan sempurna . Walaupun cara ini nampak rumit , tapi inilah cara cucian yang sempurna dan sebaiknya .
ANTARA SYAMPU YANG BEST, TERBAIK, SUPERB DAN MELETOP BABOMM :
thanx for the tips... tapi saya botak caner huhuh... btw done follow u - Noob
ReplyDeletekalau botak p la yun nam hair care . hik3.. done follow u jgk .
Deleteyeah , shampoo kita tersenarai de bomm la . Loreal :)
ReplyDeleteLoreal the best :)
Deletethx for the tips :)
ReplyDeleteand done follow here anyway :)