Tips menjaga Rambut

Errppp . opss , kekeyangan makan megi kari plus cabai dalam 30 bijik ( menipu sangat ) . Dah kenyang, duduk dendiam kat depan pc sambil menung kejap dan jejari mula menekan tetikus yang tak brape nak tikus nie .  Malam malam cenggini baru ada idea untuk menaip . Lets go menaip.. uOlss uOlss especially kaum Hawa sila baca entry I yang tak seberapa panjang lebar sampai scroll 2 3 kali nie ..

RAMBUT ADA 3 JENIS :
1) Rambut Berminyak :
Jenis rambut nie mempunyai kelenjar minyak yang berkerja berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak .      Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpum rambut . Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihsn rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap .

2) Rambut Normal :
Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang . Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah . Cuci menggunakan syampo dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya .

3) Rambut Kering :
Rambut ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak . Ini disebabkan kandungan minyak pada  kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif . Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat . Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat . Terlalu kerap menggunakan syampo dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh .

CARA PENJAGAAN RAMBUT YANG BETUL :
1) Sikat rambut anda dengan sempurna sebelum membasahnya dengan air . Dengan ini, aliran air yang bakal meresap ke dalam helaian rambut anda lebih sempurna dan rata .

2) Sebaiknya mandi dengan air pancur agar rambut dibasahkan dengan sempurna. Anda boleh menggunakan air panas dan sejuk . Namun sebaiknya, gunakan air suam terdahulu dengan ini kutikel rambut telah dibuka dan segala kotoran misalnya minyak dan debu dapat dicuci dengan sempurna . Kemudian bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kembali kutikel yang terbuka .

3) Jika anda menggunakan perapi setelah bersyampu, bilas rambut dengan air laju, Gunakan kesemua jari untuk memastikan perapi ini betul betul habis disingkirkan dari setiap helaian rambut . Sebelum menyapukan syampu atau perapi, jangan lupa untuk menuangkan ke tapak tangan terlebih dahulu . Kemudian gosok sempurna , untuk mengeluarkan buihnya . Jangan sesekali menuangkan syampu atau perapi terus kepada rambut kerana tekstur syampu/perapi yang terlalu pekat sukar dihilangkan dengan sempurna jika cucian tidak  betul . Perlu diigatkan , syampu perlu disapu pada kulit kepala anda , bukannya pada penghujung rambut . Jika cucian tidak sempurna dan sisa syampu tidak dibersihkan dengan elok, rambut akan menjadi lemah dan bercabang .

4) Jangan mencampurkan penggunaan syampu daripada pelbagai jenama . Sebaik-baiknya, lakukanlah cucian syampu sebanyak dua kali . Tujuan untuk pertama kali ialah untuk menyingkirkan minyak dan debu . Manakala cucian kedua ialah untuk memastikan syampu yang telah disapu ke rambut ini dapat disingkirkan dengan sempurna . Sebelum mengulang cucian untuk kali kedua, pastikan anda menuggu selama beberapa minit agar khasiat syampu dapat diserap sempurna pada setiap helaian rambut .

5) Untuk menggelakkan lebihan air pada rambut , perahkan dengan sempurna dengan lembut. Jangan lakukannya dengan kasar kerana rambut mudah rosak ketika ia masih basah . Jika ingin memakai perapi pula, sapukan sepanjang garisan rambut dan bungkus dengan shower cap dalam masa 10 minit . Kemudian, bilas dengan sempurna . Walaupun cara ini nampak rumit , tapi inilah cara cucian yang sempurna dan sebaiknya .

ANTARA SYAMPU YANG BEST, TERBAIK, SUPERB DAN MELETOP BABOMM :

  

  

  

  





5 comments:

  1. thanx for the tips... tapi saya botak caner huhuh... btw done follow u - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau botak p la yun nam hair care . hik3.. done follow u jgk .

      Delete
  2. yeah , shampoo kita tersenarai de bomm la . Loreal :)

    ReplyDelete
  3. thx for the tips :)
    and done follow here anyway :)

    ReplyDelete